Saturday, 10 December 2011

FB punya angkara!!!!

Dua minit sekali kluar post dia,
Sampai nak ke jamban pon dicerita,
Dia ingat kawan-kawan nak tahu agaknya,
Dia tak tahu yg kita muak membaca…

Ada pula yg marah tak kena masa,
Line internet problem pon nak dimarahnya,
Keluarlah ayat macam tiada agama,
Tapi jgn sesekali judge a book by its cover ya…

Tak kurang juga yg bicara hal agama,
Walau tak banyak tapi berguna,
Buat peringatan kenkawan yg alpa,
Moga teknologi tak disalah guna…

Yang lain asik dok like sahaja,
Tak kira apa post tak kira saipa tuannya,
Adakala tak baca pon isi cerita,
Yang penting like dia mesti ada…

Yang lagi satu cerita pasal cinta,
Bergambar profile macam dah kompom itu laki dia,
Mula lah keluar ayat manis dari gula,
Kita tengok lagi sehari kecewa ka gembira…

Ada yang tulis suka-suka,
Kadang mengarut kadan berduka,
Mencari kenalan sekadar teman bicara,
Manalah tau sangkut sorang dua…

Itulah dia FB punya angkara,
Ada baik ada buruknya,
Elok dipakai elok lah dia,
Tepuk dada tanyalah selera…

No comments:

Post a Comment